Thursday, December 22, 2011

GUNA SEMULA BUKU TULIS

Pembukaan penggal persekolahan khususnya awal tahun, membuatkan ibu-bapa dan penjaga murid menggunakan sepenuh kemahiran mereka berbelanja terutama berkaitan pembelian peralatan sekolah untuk anak jagaan mereka. Beg, kasut, alat tulis dan sebagainya perlu dibelikan untuk anak demi meningkatkan motivasi mereka untuk hadir ke sekolah.

Jika diteliti mungkin ada sesuatu yang boleh dijimatkan contohnya penggunaan buku tulis. Semasa menonton televisyen pada suatu hari, saya terfikir jikalah buku tulis yang telah digunakan tetapi tidak penuh ditulis boleh digunakan kembali di tahun persekolahan berikutnya alangkah baiknya.

Rasional kepada cadangan ini adalah :
1. Alam sekitar akan lebih terpelihara dengan penjimatan penggunaan kertas.

2. Penjimatan kepada golongan berpendapatan rendah.

3. Kesinambungan isi pelajaran dapat dilihat, dinilai dan diulangkaji kembali dengan berkesan.

4. Dapat menyemai sikap sayangkan ilmu dan mengamalkannya dengan sebaiknya.

5. Kemajuan pembelajaran murid dapat dikenalpasti.

Tapi, apa kata para peniaga pula ? mungkin mereka tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana ia merupakan sumber pendapatan tahunan mereka yang lumayan. Sekolah juga mungkin tidak bersetuju kerana kehilangan komisen untuk digunakan dalam aktiviti sekolah. Maka......fikir-fikirkanlah.....

No comments:

Post a Comment