Monday, August 15, 2011

Astro Trick ?

Saya merupakan salah seorang pelanggan Astro. Beberapa hari lalu (sehingga ke malam tadi pun), saya menghadapi masalah untuk menonton beberapa saluran TV terutama yang disediakan oleh Rangkain Media Prima. Pada 15.8.2011 kira-kira jam 8.35 malam saya membuat panggilan ke Astro Customer Care Centre untuk mengadukan masalah yang dihadapi. Seperti yang saya jangkakan inilah solusi yang dicadangkan oleh pegawai terbabit iaitu :
  1. Pihak Astro akan menghantar wakilnya bagi meneliti masalah yang dihadapi di rumah saya. Bayaran perkhidmatan tersebut akan dikenakan kepada saya (kalau tak silap tidak kurang daripada RM 50.00) manakala jika terdapat sebarang kerosakan, alat ganti juga perlu dibayar oleh saya sendiri. Dalam hati berkata, “untung Astro”.
  2. Saya dicadangkan untuk bertukar ke pakej ‘Beyond’ di mana bayaran tambahan tidak kurang daripada RM 20.00 dikenakan kepada saya setiap bulan dengan ikatan selama 2 tahun. Mengikut pegawai tersebut, dekoder yang dibekalkan mempunyai ‘lifetime warranty’. Dalam hati berkata lagi, “untung Astro”.

Apa jawapan saya ? berikut jawapan yang diberikan : (lebih kurang).

a. “saya dah agak, mesti Astro nak suruh saya tukar ke pakej baru”.

b. “kalau masalah ini berterusan, saya berhenti aje langganan saya”.

Pegawai tersebut akhirnya berkata, “apa boleh saya bantu lagi”.

Maka berakhirlah perbualan tersebut. Pagi tadi saya kembali memeriksa sama ada saluran yang bermasalah masih berfungsi. Ternyata semua saluran tersebut berfungsi seperti biasa. Apa sebenarnya berlaku ? dekoder di rumah rosak atau pun ia sebahagian agenda perniagaan ? Entahlah sampai bila para pelanggan seperti kita semua terus menghadapi pelbagai karenah perkhidmatan seperti ini. Kalaulah ia tidak dimonopoli, saya rasa kita mempunyai pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan nilai yang munasabah.

Tolonglah wahai YB-YB, suarakan masalah kami secara berterusan di parlimen. Wahai Menteri yang berkaitan; tolonglah ambil tindakan yang sewajarnya.

No comments:

Post a Comment